SPLIT TEST – Iklan Paling Efektif & Berkesan

Ramai tanya, split test tu apa? nak buat mcm mana? nak buat pakai phone boleh ke?
Jawapannya tak boleh, hanya pakai desktop sahaja. iaitu menggunakan Ads Manager (Facebook) baru boleh..Kalau guna phone, nak split test campaign shj. Adset & Ads tak boleh.
Tujuan split test ni ialah kita nak tahu, mana yang dapat result lebih baik lepas 1-2 hari jalankan iklan. Nanti lepas 1-2 hari tu, kos mahal atau result takde, kita boleh Off. Kalau dah ada result, anda boleh maintain & scale up budget. Ini ialah antara teknik split test:

1. Bajet

Biasanya mulakan dengan bajet kecil dulu, atau boleh terus gunakan bajet besar tetapi pelbagaikan pecahan adset, cumanya guna terus Campaign budget Optimization. Nanti akan auto deliver budget dimana adset yang baik, dan low deliver budget pada yang result kurang memberangsangkan..
Setting boleh pakai Ads Manager shj. Di bahagian Campaign, masa pilih objektif tu, Campaign budget optimization ni sesuai kalau ada banyak adset ya.

2. Pecahan

Secara asasnya split test di bahagian ‘adset’ ni kita boleh test lokasi, range umur, targeting, atau placement sendiri. Jika anda nak split test bahagian Adset sy pecahkan macam ni:

  • Public Figure di Malaysia
  • Brand Malaysia yang relevan
  • Bandar – bandar besar @ pecahan ikut negeri
  • General Interest di bahagian Browse Detailed Targeting
  • Placement Auto @ Focus 1 Placement shj (Insta story Ads, Newsfeed, dll)

Note: Pastikan public figure tu relevan dengan audiens yang berpotensi beli produk & servis kita, sama juga brand ya. Salah pilih, foreigner yang PM nanti. Maka membazirlah iklan yang kita run.

3. Placement

Placement ini ialah platform dan kedudukan yang ingin kita paparkan iklan. Kalau nak split test placement ni kita nak test, placement mana yang result dia baik, kita boleh fokus samada guna 1 shj placement seperti insta story shj, newsfeed shj, atau right column atau Auto Placement.
Biasanya placement ni saya set Auto jerr.. Sebab nanti Facebook akan optimize placement mana yang lagi okay. Melainkan jika anda nak fokus IG Story shj, Atau IG story + Feed shj.. Biasanya kalau fokus IG story ni kos nya lebih tinggi dari placement News Feed. Boleh lihat perbandingan harga di gambar dibawah

Apa pun, kena SPLIT TEST dulu, baru lah tahu.. Itu lah tujuan Split test itu dijalankan.. Sebab nak test, result mana yang lebih baik, dan kos yang berbaloi.

4. Creative Split Test

Kita boleh juga Split Test bahagian creative, iaitu nak test copywriting, video, image, carousell, instant experience, collection, di bahagian ‘ads’. Biasa saya buat macam ni, Media yang sama, Copywriting yang berbeza:

  • Ads 1 – Single video + Copywriting 1
  • Ads 2 – Single video + Copywriting 2 (Simplified)
  • Ads 3 – Collection, Carousell, @ Instant Experience

Di bahagian creative @ ads ni akan auto deliver mana yang lebih perform based on Ads 1, Ads2, atau Ads 3. Jika anda fokus placement Insta Story, boleh gunakan creative Video jenis vertical. Dan kalau nak hanyak pilihan gambar di Insta, boleh guna carousell.

5. Review

Jika dan run iklan 1-2 hari, apa nak buat? Kena pantau result, boleh pantau guna smartphone jer. Install Facebook Ads Manager Apps, dimana graf & data seperti gambar dibawah kita boleh lihat.
Off mana adset yang tak perform, dan yang perform tu maintain @ scale up budget dengan tingkatkan 20% dari budget asal.

Main Menu

× Bantuan?