SEEDING – Kenali Target Pasaran Dengan Lebih Tepat

Seeding Trial atau Marketing Trial ialah salah satu kajian pemasaran terhadap pengguna tertentu. Sebelum kita launch sesuatu produk, kita nak dapatkan seberapa banyak respon dulu, nak tahu samada orang nak ke tak produk kita.. Boleh buat survey, tanya nak ke tak, freegift, tester, Demo dll. Apa kebaikan dan kegunaan seeding ni?

1. Feedback Awal

Kita dapat tahu feedback secara lebih awal, samada ada permintaan atau tak. Kalau ada permintaan, mesti akan banyak respon, biasa respon yang kita nak dalam bentuk komen. Komen banyak, semakin banyak kita tahu apa respon & dapat menilai produk kita sebelum launch pada skala besar.

2. Support Prelaunch Marketing

Sebelum lancarkan produk kita, respon & feedback awal merupakan salah satu elemen penting. Sebab dari respon tu, kita boleh gunakan semula untuk tunjukkan pada bakal pelanggan sedia ada & baru nak beli. Dari respon tu mungkin sesetengah orang komen yang lebih ‘authentic’ iaitu bersifat jujur, tanpa dibuat buat.

“..design X lebih cantik dari Y, sbb sy suka dia punya ZZZ..”
“..saya suka Y ni sebab XXXX..”

Respon ini akan influence orang lain yang lihat post tersebut di fasa Launching, ada diantara mereka pun bersetuju dengan feedback sebelum & mempunyai pandangan yang sama, secara tidak langsung, mereka pun berminat

Contoh Ayat Iklan yang membantu:

“..Boleh bagitau, yang mana lebih berkenan & boleh bagitau kenapa berkenan dgn XXX tersebut..”
“..Fuhhh, cantiknya.. Kalau sy bagi 1 unit ada nak tak? Boleh bagitau kot kot bertuah..”
“.. Nak pilih mana satu ya? Yang mana design yang paling korang minat? ..”
“.. Kalau sy nak bagi free tester produk XXX ni ada yang nak? ..”
“.. Sy nak bagi 10 org terawal, produk YYY secada percuma, boleh bagitau masalah apa, sbb apa nak, dan dah berapa lama hadapi masalah XXX ..”
“.. Kalau sy keluarkan produk ni, agak agak ada yang berminat tak? ..”

3. Fungsi Baru

Campaign Ads sekarang dah boleh di duplicate dengan like, komen, & Share, pada Existing Post sebelum ini.. Bermaksud, kempen yang dah ada feedback tadi, samada review ataupun komen, kita boleh guna untuk Pra Pelancaran.
Kebanyakkan orang yang lihat posting iklan, sebahagian mereka akan baca di komen, nak lihat feedback sebelum. Dari situ, baru mereka trust nak beli.

4. Testimoni Asli Dari Komen

Ada sebahagian yang penjual yang post sendiri testimoni pelanggan di komen. Cara ini boleh juga, cuma ia bersifat yang dibuat buat. Jika pelanggan sedia ada yang komen sendiri bagi review. Ia lebih memberi impak untuk meyakinkan pelanggan baru yang adakalanya masih berbelah bagi.

Main Menu

× Bantuan?