Nak Tingkatkan Follower Instagram?

Tiada ads yang spesific kalau nak run ads untuk tingkatkan followers di Insta. Ia tak seperti di Page dimana ada option untuk kita buat Like marketing tingkatkan Fans secara berbayar. Namun ada cara alternatifnya, tapi nak share dulu kebaikkan run kempen ke Insta Profil ni:

  • Setiap visitor ke IG, dikira sebagai custom audiences, dimana bila kita nak run ads, boleh retargeting semua target who visit Insta Profile.
  • Followers Insta yang ada minima 10K followers, boleh buat CTA di Insta story link ke website/whatsapp tanpa run story ads. Ini bagus kalau nak update Story gambar & Video secara organik (Tanpa run ads)
  • High organic reach bila kita post di Insta newsfeed, story, lagi lagi kita ada followers. Berbanding di page newsfeed. Ada ratus ribu pun, kadang post konten sendu jerr, tak macam dulu.. Ini sebab kita post, Fans kita tak nampak.. Nak nampak kena run ads.
  • Audiens IG juga antara yang berpotensi, gunakan peluang ni ya. terutamanya audiens wanita, golongan umur pertengahan & muda, bekerjaya, mmg suka lepak kat Insta. Mereka ni pun ada buying power.
  • Ditambah dengan behaviour mereka yang suka follow Public Figure & Influential Brand di Instagram sebagai inspirasi, dalam masa yang sama mereka aktif beli produk dgn brand kesukaannya di Insta.
  • Brand besar sendiri gunakan platform Insta sebagai jualan produk mereka, sehinggakan Insta telah tambah satu platform untuk seller iaitu IGshop. Platform pembelian direct melalui Instagram

Okay ini cara nak buat:

  1. Dah tukar dari personal account kepada business account Insta kita. Pergi ke bahagian setting > Account > Switch to Business Account.
  2. Disini kita kena connect siap siap dengan Facebook page kita masa switch tu ada tanya untuk connect dengan page sekali. Pastikan dah setup page siap siap ya.
  3. Run menggunakan platform macam biasa, Facebook Ads Manager di desktop kita, bukan di phone. Sebab ada setting kat phone tak ada.. Contoh part custom Audiens & Lookalike Audiens.. Namun, jika just nak gunakan detailed targeting mcm biasa, tiada buat Split test, boleh setup je guna Phone 
  4. Gunakan objektif trafik, dimana kita nak seberapa ramai visitor melawat ke profile Insta kita. Kalau nak rujuk secara asas, kita boleh lihat di bahagian atas sekali di Insta Profile, ada bagitau berapa banyak pelawat dalam 7 hari lepas.
  5. Audiens guna macam biasa, boleh gunakan Manual Targeting, kita set sendiri apa detailed targeting kita nak. Atau boleh guna Lookalike Audiences dari existing visitor & followers dari Instagram kita. Ni kena setting kat bahagian Desktop Ads manager je, nak guna mobile Apps tak ada setting ni.
  6. Placement boleh pilih samada Auto Placement, Insta Feed atau Specific focus keluar iklan kat Insta News Feed shj.
  7. Di bahagian ads, perlu letak link URL destination, gunakan link insta profile kita. Guna link instagram macam biasa,Contoh: https://instagram.com/ubaidullahjaafar *ubaidullahjaafar tu username kita.. Tukar ke username Insta sendiri.
    Bila user nampak sponsored ads, di insta news feed, mereka klik gambar/button, akan terus masuk ke profile instagram.. Mereka boleh lihat apa ada di Insta kita, dalam masa yang sama boleh follow.
  8. Di bahagian copywriting, boleh letak CTA untuk ingatkan user follow Insta kita. Boleh gunakan ayat mcm ni:
    “Patutlah ramai sangat follow Insta ni.. Rupanya.. Cik Puan YYY pun follow.”
    “Follow dpt cabutan bertuah XXX “
    “Kalau follow, dpt freegift YYY, 20% kod kupon diskaun for first time.”
  9. Pantau Ads, dia tak runjuk result kat ads manager tu berapa ramai followers dah follow. Dia tunjuk result by click & cost per click. Ni boleh pantau guna apps di phone. Download siap di Apps Store/Play store.. Cari Facebook Ads Manager.

Sila compare dgn pertambahan followers anda dari sebelum & selepas. Dari situ kita tahu dah berapa orang follow kita. Dari sini kita compare dengan berapa orang dah follow dgn spend ads kita. Untuk tahu cost per result.

Berdasarkan gambar dibawah: Line merah tu dia tunjuk berapa dah visit n past 7 days. Actually, boleh retarget balik untuk iklan. Bulatan Biru, kumpul sampai 10K, nanti update ig story boleh letak link website & Whatsapp, or dll

Main Menu

× Bantuan?