Nak ada logo sendiri? Personal ataupun bisnes. Semestinya nak Nampak lebih professional, kita perlukan logo yang memberi imej, makna dan impresi terhadap syarikat. Jalan terbaik ialah dengan membayar designer untuk hasilkan logo, dan bayarannya bukannya murah. Tapi tahukah anda pemilik Twitter hanya membayar $15 sahaja untuk logo burung biru.
Sebenarnya logo tak perlu terlampau complicated, dan janganlah terlalu simple hanya bulat hitam sahaja. Bagi yang ingin cuba DIY logo, boleh guna online logo maker yang percuma ini:
1. Canva
Platform ni paling mudah dan menarik sebab pilihan sangat banyak. Dengan pilihan template sedia ada, sangat memudahkan kerja bina logo. Hanya pilih template siap ataupun menggunakan tab elements untuk cari bentuk-bentuk yang diminati. Pilih perkataan dan warna. Blok hanya menggunakan drag and drop sahaja. Untuk pengguna percuma, logo yang didownload tidak transparent.
2. Onlinelogomaker
Onlinelogomaker juga platform yang paling simple. Hanya tambah teks, simbol dan bentuk shaja. Dah siap, terus muaturun ke email.
3. Logaster
Logaster adalah platform logomaker yang mudah. Hanya masukkan nama brand dan terus design. Boleh terus guna pilihan logo yang diberi ataupun edit. Namun untuk pengguna percuma hanya logo bersaiz kecil boleh didownload.
4. Logomakr
Logomakr juga seperti logomaker yang lain. Mudah dengan hanya pilihan text, shape, dan colour sahaj. Ia tiada pilihan template, jadi boleh mula design dari awal. Tapi hasil untuk pengguna percuma dalam low resolution sahaja.