Keperluan Asas Untuk Membina Sebuah Website
Anda mempunyai hasrat untuk memiliki website sendiri tetapi terhalang kerana tidak tahu bagaimana caranya untuk membuat website sendiri?
Anda mahu belajar cara membuat website sendiri?
Cara buat website tidaklah sesukar yang disangka. Dengan sedikit bimbingan anda pasti dapat membuatnya sendiri.
Dan yang menariknya:
Website boleh digunakan untuk bisnes dan juga untuk mencari pendapatan sampingan.
Malah ia boleh menjadi punca pendapatan utama jika anda buat sungguh-sungguh. Kerja dari rumah!
Dalam post ini, saya akan menerangkan tentang apa yang diperlukan untuk membina website sendiri dengan mudah, dalam bahasa yang paling senang difahami.
WordPress Sebagai Platform
Dalam post ini, kita akan menggunakan wordpress sebagai website.
Yang baiknya tentang WordPress ini adalah:
- Tersedia untuk blog
- Senang untuk digunakan
- Boleh diurus dari mana-mana komputer yang mempunyai sambungan internet
- Tidak memerlukan pengetahuan coding
- Bagus untuk SEO
Jangan bimbang, dengan WordPress, anda tidak perlu mengetahui program seperti html, css, js atau program server untuk membuat blog, melainkan anda ingin membuat sesuatu benda yang sangat terperinci.
Keperluan Utama untuk Buat Blog
4 perkara penting jika anda berhasrat untuk buat blog iaitu:
- Masa: Masa untuk blog anda
- Nama domain: contohnya ithmm.com
- Website hosting: Tempat fail dan data blog anda disimpan
- Bajet: Untuk membayar domain dan web hosting
Jika anda mahu mencuba yang percuma dahulu boleh rujuk sini: Buat Blog @ laman web percuma di WordPress.com
Tapi jika anda benar-benar mahu serius, saya cadangkan anda miliki website dengan domain sendiri kerana terdapat banyak kelebihannya.
Urutan Langkah untuk Buat Website
Berikut merupakan urutan langkah untuk buat website sendiri:
- Pilih Tema Website
- Tentukan Nama Domain
- Beli Domain dan Hosting
- Install WordPress
- Akses Admin WordPress
- Install Theme WordPress
- Buat Page & Post
Mari ikuti langkah demi langkah untuk membuat blog ini dengan lebih terperinci dalam post yang lain.