Biasa kalau kita run iklan, beratus leads masuk, iklan nampak macam ada impak, tapi bila closing tu macam tak berkesan. Ini kena atasi awal sebelum kita rugi kos ads spend, tapi tak ada sales.
Kebiasannya bila berlaku mcm ni, ramai yang akan stop iklan. Nanti dulu! bila iklan dah capai KPI leads dah start masuk & kos leads berbaloi tu bermakna iklan tersebut dah mula ada respon baik. Namun, jika ada masalah tak convert, biasanya kita kena rectify apa puncanya dari dua pihak:
Anda dari Marketer side?, jika tak convert mungkin ini puncanya:
1. Iklan okay, ada leads masuk, tapi tak convert, ini kena update bahagian targeting audiens, headline & media. Benda ni kena split test dulu.. Biasanya saya split test bahagian Audiens dulu. Sebelum pergi ke part lain.
2. Tak convert, mungkin dari behaviour user, yang merasakan terlalu banyak proses untuk membeli.. Lagi lagi yang gunakan medium kalau nak beli kena whatsapp dulu. Sekarang behaviour pelanggan, mereka prefer nak beli direct ke website, instead of nak panjang lebar penerangan di whatsapp.
Solusinya, benda ni boleh test different Objektif, mungkin guna direct Mesej, direct beli ke website ecommerce, instead of kita guna link ke whatsapp sahaja.
3. Manakala, boleh dibantu dgn alatan tambahan iaitu chatbot.. Dimana Chatbot bagus untuk auto follow up, agar yang dah masuk mesej tu, pergi ke website & sales page untuk pembelian. Follow up auto ni, boleh guna Testimonial dalam bentuk cerita. Contoh:
“Ni Tuan Yunos, katanya sebelum ni ada masalah XXX, guna YYY utk atasi masalah XXXX nya.. so far membantu dari segi ZZZZ sebab VVVV.”.
Kepilkan gambar realcase study tu.. atau video. CTA ke website & sales page untuk beli. Pasang siap payment gateway agar user boleh beli instant bayar & approval.
Anda dari Sales Side?, jika tak convert mungkin ini puncanya:
1. Team sales tiada sentuhan emosi, yakinkan pelanggan & faham dengan apa yang pelanggan nak. Solusi kena bina hubungan dgn pelanggan dgn emoji smile, 😊😊, share gambar & video testimoni, mesra bila whatsapp & call
2. Skrip closing ada sangkut, pelanggan stuck kat harga & info. Ni team sales kena adjust Skrip, dari segi apa yang pelanggan dapat, apa kebaikkannya, dan bila mereka dah join, gambarkan impian/penyelesaian masalah mereka bakal selesai/capai nanti.
3. Testimoni, testimoni ni la antara penguat emosi pelanggan nak beli produk & join kita. Video testimoni, gambar testimoni yang berjaya.. Ini buatkan mereka yakin dgn kita. Isu nya mereka tak beli, sebab mereka tak yakin, yang kita benar benar dapat bantu mereka. So far, Testimoni dalam bentuk cerita, seperti Pn. Xx ni dah berjaya YYY, tunjuk gambar sikit pun dah mambantu.
4. Berapa lama leads terbiar sebelum kita whastapp mereka pun mainkan peranan penting. Sy ada lihat beberapa cust komen, tak dapat whatsapp lagi. Lebih 5 jam tak whastapp & call akan turunkan keinginan mereka untuk tahu lebih lanjut. Apatah lagi leads tinggal lebih 24 jam.. kebanyakkan mereka dah lupa dah nak beli apa.
5. Masa closing, closing ikut waktu & masa yang sesuai.. Elakkan whatsapp tgh2 mereka sibuk & dll. Sebaiknya tanya & minta permission dulu. “Tuan sibuk ke sekarang? Kalau free ingat nak whatsapp kejap”.
6. Follow up – leads yang tak convert tak semestinya mereka tak convert terus.. ada kalanya mereka tunggu masa, mereka akan beli & join pada masa akan datang. Jadi follow up cerita testimoni lepas lepas tu memainkan peranan penting utk keep interact dgn mereka.
Kesimpulan, Kedua dua side mainkan peranan yang penting. Biasa bila customer sudi je tiggalkan no phone, itu bukan salah mereka sebab tak beli. Ia adalah kesilapan kita sendiri sebab gagal buat mereka excited nak beli. Sebab bila customer dah jawab leads sampai habis itu bermaksud Nak. Mindset memang mereka nak, jika mereka taknak dari awal mereka dah ignore iklan kita.