Jangan Terlalu Menjual!
Bina iklan untuk buat jualan, sememangnya tak mudah. Panas mata dengan menjual! menjual! menjual dengan produk semata. Sehingga prospek pun tak tahu apa kebaikan yang mereka dapat lepas beli produk. Saya dapati, Point berkesan yang buatkan iklan jualan kita high-impact, menjimatkan kos iklan, meningkatkan keyakinan bakal pelanggan adalah dengan ‘define’ dahulu point dibawah:
1. Feeling
Apakah gambaran perasaan pengguna bila menggunakan produk anda. Petikan boleh dapat di feedback pelanggan yang pernah guna produk kita sebelum seblum ni.. Contoh:
“..Wah, cantiklahh..mmg sgt suka sbb..” *copy paste from feedback pelanggan
2. Benefit
Apakah kelebihan produk/servis kita, yang betul bermanfaat kepada pelanggan? Kelebihan ni ada penerangan sikit, nyatakan sebab @ kenapa. ia membantu pelanggan faham dgn mesej kita. Jika dalam ayat iklan, gunakan kaedah point.. masukkan emoji tick utk diawal point untuk highlight kelebihan kita. Contoh:
KENAPA XXX DISUKAI RAMAI:
✅ Selesa nak pakai, lipat masuk beg pun tak renyuk
✅ Brand level international, artis pun dah pakai bagitau rasa selesa sangat, tak rasa rimas, make up nanpak cantik jerr
✅ Harga affordable, mampu milik, tak sampai ratus ratus pun.. Dgn kualiti high end ni, mcm tak sangka harga puluh2 jerr..
3. Problem
Masalah yang di situasi yang sebenar pelanggan hadapi.. Masalah ni kita selalunya dapat dari feedback pelanggan kenapa mereka beli produk kita.. Contoh:
“sebelum ni dah try,tak sesuai dgn kulit, rasa mcm tak kena jerr dgn struktur kulit”
Cara menulis ayat iklan tu cara masing masing, jika stuck memang tak keluar idea nak tulis, buat macam ni:
- Lihat balik feedback pelanggan kita
- Tahu kekuatan dan kelebihan produk kita
- Tahu masalah pelanggan dalam situasi sebenar yang mereka hadapi
Pastikan dalam penulisan lita ada at least 3 point ini ada impak pembaca. Niat untuk membantu adalah lebih berkesan dari niat untuk menjual.