Tips Design Poster Photoshop

Tips saya buat poster, beberapa perkara yang saya haramkan:
 
1. Background dan tulisan yang tak nampak kontra. Contoh, background dah la gelap, warna tulisan pun ikut gelap. Macam mana orang nak nampak tulisan kita dgn jelas?
 
Tips saya: Boleh tiada masalah, tapi kita kene letak efek stroke warna putih pada kelilih tulisan tu, agar tulisan tu nampak dengan jelas. Warna tulisan mesti berlawanan dengan background. Contohnya, background putih, tulisan warna biru gelap, atau hitam.
 
*refer tulisan singapore
 
2. Guna banyak jenis font dalam satu poster. Anda akan nampak tulisan yang banyak jenis paparannya tidak menarik. Kerana keseragaman tulisan tu dah tiada. Melainkan anda memang buat poster font artwork.
 
Tips saya: Guna satu tulisan kreatif jerr dah cukup. Katakan font kreatif saya guna, scriptina pro pada headline poster. Saya tak akan pakai lagi tulisan ini pada kandungan. Sebab kandungan perlu pakai tulisan yang jelas dan mudah dibaca. Contih tulisan jelas dan mudah dibaca: century gothic.
 
*refer special trip (tulisan kreatif) to singapore (tulisan jelas)
 
3. Warna background tak matching dengan warna tulisan. Warna ni sangat mempengaruhi dalam design poster. Sebab kalau warna tak sepadan. Tulisan boleh tak nampak, (warna tenggelam). Mata nak tengok pun sakit. Hehehe
 
Tips saya: Kalau pening nak combine dua atau tiga warna. Guna 1 warna pun dah cukup. Contohnya, biru gelap (tulisan) match kan dengan biru cair (background), Merah cair matchkan dengan pink. Ataupun warna yang hampir sama contohnya Purple cair dengan merah gelap.
 
Kalau pening lagi.. Guna jer tulisan warna kelabu gelap boleh match dengan apa saje warna background yang cair dan warna lembut.
 
*refer to singapore dgn background
 
4. Guna warna background yang pekat. Merah pekat, biru pekat, kuning pekat, coklat pekat. Semuanya pekat. Bila pekat, background tu jadi gelap dengan warna. Mata nak baca tulisan pun tak nampak.
 
Tips saya: Secara asasnya nak buat poster ada dua tema background. Tema cerah atau gelap. Kalau background yang cerah. Sila gunakan warna yang lembut. Cuba search google, warna pastel tu macam mana. Warna yang lembut ni tak akan menutup tulisan kita sebab ianya cerah. Kalau tak reti nak cerahkan. Boleh kurangkan opacity warna pekat tadi sebanyak 10-30% tengok apa jadi.
 
*apa akan jadi jika tulisan to singapore tu sy tak letak efek stroke keliling tulisan tu warna putih?
 
5. Guna banyak sangat efek pada blending option. Ni selalunya pada tulisan. Bagi saya, makin banyak efek kita letak, tak menjamin tulisan tu makin menyerlah untuk dilihat.
 
Tips saya:
 
guna satu dia jerr dah cukup. Kalau pakai efek gradient, matching warna sangat penting. Basic warna hitam dan putih.
 
Kalau pakai efek outer glow, background mesti gelap, dan tulisan pun gelap baru la nampak.
 
Kalau nak nampak sedikit efek shadow, guna background cerah, tulisan gelap.
 
Kalau nak warna tulisan sama dengan background, tapi nak nampak kontrast warna tu, sila pakai efek stroke warna putih.
 
Kalau efek bevel & emboss, kalau tak reti jangan buat. Sebab saya pun jarang guna. Ni untuk nampak tulisan tu agak timbul sedikit.
 
*Refer RM110 tu, saya guna efek stroke, dan shadow sikit.
 
P/s: tips ni paling asas, berdasarkan pengalaman saya dulu. tapi sangat penting kalau nak buat poster menarik. Tak pandai buat uang advance takpe, tapi kuasai yang asas ni dulu. Buat yang ‘simple but nice looking’
 
 

 
Tak silap saya, poster ni saya ada bagi dalam DVD ..Amacam poster ni tersangat simple.. tapi cantik kan?
Boleh bagi nama panggilan, no tel, dan emel kat bawah.. Nanti kalau ada tips lagi.. saya emel anda tau… Jadi lagi senang lepas ni klik klik jerr… Jgn lupa share =) P/s: pastikan emel anda aktif. Sebab lepas ni dapat tips akan datang melalui emel =)

Shop By Departments

× Bantuan?