Bina Skrip Sale Page Mudah
Sebelum ni saya jelaskan bagaimana pemasaran menggunakan teknik konten dimana selepas pembaca melihat konten berkaitan produk, mereka akan terus ke sale page melalui button cta. Jika kita dah berjaya bina credibility dan trust melalui konten & softsell, maka kita boleh teruskan dengan hardsell:
1. Intro / Pengenalan
Kita boleh mulakan Skrip ‘Intro’ Pengenalan seperti berikut:
…..(A)…… tambahan untuk …..(B)……. nak atasi masalah……..(C)……
A – Produk
B – Siapa target Market
C – Masalah apa nak diselesaikan
“Suplement khas tambahan untuk anak-anak nak atasi masalah kurang tumpuan”.
2. Kelebihan & Keunikan
Masukkan Kelebihan produk & servis kita dalam bentuk point & penerangan, FAB (Feature, Benefits, Advantage) contohnya:
X FORMULA – X mengandungi ……..membantu untuk kita ……. sebab ……….
ITEM Y – Y membantu atasi masalah …… sebab …….
Letakkan dalam bentuk point/nombor dan highlightkan keyword penting agar mudah pembaca relate dengan masalah mereka.
“Kapsul Peria katak mengandungi charantin yang berpotensi merawat diabetes”.
3. Feedback, Rating & Testimoni
Feedback, Rating or Testimonial, feedback pelanggan yang pernah gunakan produk kita amat penting dalam membina trust. Dengan masukkan gambar bersama pelanggan, result, mahupun gambar barang yang selamat sampai. Lagi banyak lagi baik.
4. Apa Pelanggan Dapat
Adakalanya pelanggan keliru, bila baca penerangan, tapi dia tak jelas dia dapat apa. Jadi kita rewind di bahagian ini. Contohnya apa yang pelanggan bakal dapat jika mereka membeli produk samada item utama, item tambahan, dsb.
5. Harga Asal, Promo & Bonus
Dibahagian ini kita mula jelaskan berkenaan harga. Harga produk, Pakej produk iaitu single, combo, atau upsell dgn produk lain, Serta harga promosi. Contoh skrip:
Harga Asal RMxxxx..
Harga Promo RMxxxx..
Harga Special Hari ni RMxxxx..
Dan tambahan bonus (optional) sekiranya ada tambahan seperti freegift, consultation, member cards, dan sebagainya.
6. CTA & FAQ
CTA merupakan arahan kepada pelanggan selepas baca sales page ni, samada beli terus melalui online atau sebahagian ada yang guna option whatsapp ke team jualan atau mana yang bersuaian dengan produk.
Dan sertakan FAQ iaitu penerangan ringkas tentang soalan yang selalu ditanya oleh pelanggan.