Bila Conversion Ads Sesuai Nak Run?
1. Website dah pasang pixel & pixel aktif (berwarna hijau) tiada error yang biasanya tersilap pasang code, ter duplicate event, dll.
2. Dah ada trafik di website, bila dah mula ada orang masuk ke website, pixel yang aktif tadi akan detect, mereka detect database antaranya:
- location
- type of device (desktop, mobile, tab, dll)
- browser type (chrome, iphone browser, IE, dll)
- phone model
- age range
- gender
- language
- interest & behaviour
- dan banyak lagi
- activity (click link, view content, add to cart, purchase, dll)
Sesetengah tempat, diluar negara, dah ada akta, dimana website kena ada GDPR Compliance, dimana kena minta persetujuan visitor, sama benarkan tak ‘cookies’ activity utk track data mcm kat atas demi mematuhi data privasi & pribadi.
Lagi bagus ada ada user yang dah start beli, nanti pixel akan detect user samada :
- page view
- view content
- add to cart
- initiate checkout
- purchase
Atau jika kita nak optimize di bahagian squeeze page & landing page
3. Dah test event guna google extension iaitu Facebook Pixel Helper, ni paling asas nak validate kod pixel tersebut aktif or tak, dan event apa yang berjalan sekarang.
Kalau dah pasang sistem Ecommerce seperti Woocommerce, Shopify, dll.. Sistem ni dah auto set event dah. Contoh kalau kita test di bahagian cart page, kita cek guna Pixel Helper tu menandakan hijau & dia tulis event cart.
Begitu juga di page checkout, akan ada nyatakan event initiate checkout. Manakala purchase page iaitu after user submit order, akan dinyatakan di Facebook Pixel helper sebagai purchase, berapa value & currency.
Sila install extension ni browser chrome anda.. sangat penting, antara kebaikannya:
- cek ada error ke tak
- cek jika ada terduplicate event code
- cek event kita pasang ni betul tak kat page kita nak
- nak cek event di website competitor
4. Dah ada traffik atleast 1K traffic, tak kisah dari organic yang datang bukan run ads, atau kita yang run ads samada ke blog, sales page, product page, dll. Lagi banyak lagi bagus, sengan dari traffic tadi kita populate sebagai custom audiens.. Bila populate lookalike audiens pun data lebih tepat.
5. Dah test event ‘purchase’ menandakan event tersebut aktif. Masa pasang pixel ni, di bahagian event manager, ada column untuk kita test event, just masukkan link je.. Nanti Facebook akan check
6. Dah setup custom audiens Traffic dari pixel yang kita setup 30 days (jika dah ada trafik 30 days)
7. Aktifkan Pixel, masa run Ads.. Masa setup campaign ada beberapa structure antaranya Campaign, Adset, Ads. Di bahagian ads, bawah sekali sebelum button publish tu ada tick untuk aktifkan pixel.
8. Dah fikirkan strategi & tarikh promosi yang akan dilancarkan. Buat fasa asas dulu:
- Seeding
- Launching
- Last call
Fasa ni update headline copywriting jerr.. Kalau run coversion ads, fasa atas tadi boleh dinamik kan.. So user akan nampak iklan mcm ni.
- DAY 1 – Baca konten
- DAY 2- 7 – Seeding & Launching
- DAY 7 – 10 – Last Call
Bahagian custom audiens pixel ni dinamik sebab kita boleh set berapa past days kita nak. Contoh:
FASA 1 – Custom audiens baca konten/blog past 7 days
FASA 2 – Retargeting Sales page 14 days exclude 7 days
So dia mcm tu. Kalau nak 7 hari pertama, CA past 7 days
Kalau nak selepas 7 hari – 14 hari, CA past 14 days exclude 7 days
Kalau nak Total & Exclude purchase, CA past 30 days exclude purchase 180 days
So user akan nampak iklan berubah ubah ikut fasa pelancaran kita
9. Tahu baca data yerr.. Check after 1-2 hari.. Dah start ada conversion, reach, frequency, dll. Bagusnya pasang Pixel & Event purchase, nanti bila kita split test dibahagian ads set akan tunjuk, Adset mana yang paling banyak purchase, ROAS unit, Value conversiaon dimana inilah KPI sebenar kita jalankan sesuatu kempen, dimana apa yang kita spend, berapa return nya. Berbanding cara conventional kita kena manual kira leads, kos per leads, dll.
10. Permulaan spend kecik dulu ya. Benda ni kena test dulu.. Bukan sy tunjukkan formula direct ya.. Depend on niche, strategy, audiens, buying power, dll
Bawah ni contoh model conversion baru sy develop.. Boleh cuba