Berkesankah buat iklan video di Youtube?

Zaman ini, usahawan perlu melihat lebih jauh daripada hanya teks dan gambar dalam menjelaskan mengenai perniagaan mereka. Zaman ini, dengan kelajuan kemudahan Internet yang semakin hebat dan juga kemudahan laman seperti YouTube, video merupakan platform menyampaikan maklumat perniagaan dengan lebih mudah dan berkesan.

Bukan sahaja menggunakan teks dan gambar, iklan video boleh memberi daya tarikan kepada sesuatu perniagaan dengan adanya visual, pergerakan, animasi, dan juga bunyi dalam menkayakan lagi sesuatu perniagaan.

Melalukan ‘product demo’, menjelaskan mengenai perniagaan dan juga membina jenama, video dapat memberi lebih banyak maklumat dalam masa yang lebih singkat kepada pelanggan dan juga bakal pelanggan.

Mengapa anda patut menggunakan video?

Bayangkan anda seorang usahawan menjalankan perniagaan kuih.  Anda menggunakan blog atau facebook untuk promosikan perniagaan Kuih anda. Alhamdulillah, perniagaan kuih anda mendapat sambutan.

Bayangkan pula anda mempunyai pesaing yang juga berniaga kuih. Pesaing anda juga menggunakan blog dan facebook untuk mempromsikan kuihnya. Tetapi, selain itu, pesaing anda turut menggunakan VIDEO di YOUTUBE! dalam menjelaskan dan menceritakan mengenai kuihnya. Di video tersebut memaparkan jenis2 kuih, penjelasan lisan olehnya, kuih-kuih dijamukan ketika, dan juga pesaing anda mengalu-alukan pelanggan untuk mendapatkan kuih dari mereka menggunakan video. Warna, rupa dan texture kuih dapat dilihat dengan begitu jelas sekali. Begitu juga dengan jelas pesaing anda menceritakan cara pembuatan, isi kandungan, pembungkusan, penghantaran melalui video dengan jelas.

Agak-agaknya, siapa yang akan mendapat pasaran yang lebih besar? Pastinya pesaing anda!

Sememangnya menggunakan iklan video memerlukan usaha lebih sedikit, namun, usaha lebih inilah yang akan membezakan anda dengan pesaing anda. Mudahan, anda juga memikirkan mengenai video dalam pemasaran perniagaan anda!

Main Menu

× Bantuan?