Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator. Nak Pilih Yang Mana?
Dalam menghasilkan sesuatu projek editing terutama melibatkan gambar, semestinya Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator menjadi pilihan utama. Kedua-dua software ini mempunya tools dan command yang hampir sama, jadi macam mana kita nak menentukan software yang mana satu sesuai untuk projek kita? Sebelum tu kita kenali dulu dua software ni.
- Adobe Photoshop adalah satu program yang digunakan untuk melakukan pengubahsuaian terhadap gambar atau grafik yang sediaada. PSD ini lebih digunakan oleh jurugambar untuk mengedit gambar yang diambil menggunakan kamera. Ia menggunakan Pixel-Based dimana kualiti gambar bergantung pada kualiti gambar asal, ini bermakna tahap zoom adalah limit. Tetapi sangat berguna dalam mengubah, menambahbaik dan membaiki gambar menjadi jauh lebih baik.
- Adobe Illustrator adalah satu program yang menggunakan Vector-based. Penggunaan Ai lebih kepada penghasilan logo, marks dan design yang melibatkan huruf dan nombor. Ia lebih digunakan terutama dalam bidang percetakan. Design yang dihasilkan mempunyai resolusi yang tinggi sehingga boleh zoom sedalam yang boleh tanpa merosakkan kualiti.
Jadi macam mana kita nak tahu software mana yang sesuai untuk digunakan? Ada dua perkara asas yang perlu dinilai sebelum memulakan sesuatu projek.
1. Printing atau Digital
Jika ingin hasilkan kerja printing seperti flyers, kad bisnes, bunting, t-shirt, label, dan sebagainya, Ai adalah lebih tepat kerana saiz yang dihasilkan tidak pecah walau sebesar billboard. Dan jika anda ingin hasilkan gambar yang dipaparkan di skrin computer atau telephone seperti poster iklan, website, upload di social media, mockup, ebook dan sebagai nya, PSD adalah pilihan utama.Gambar atau Tulisan
2. Gambar atau Tulisan
Jika projek lebih focus dan banyak kepada edit gambar (seperti: menggabungkan 2 gambar atau lebih, merubah warna, pertajam kualiti, dsb), PSD adalah lebih baik. Jika projek lebih banyak menggunakan tulisan atau bentuk seperti logo, maka pilih Ai.
Kedua-dua software ini mempunyai kelebihan dan kekurangan sendiri. Tapi untuk menghasilkan sesuatu projek yang terbaik, pilihlah tool yang betul. Jika nak lagi hebat, gabungkan penggunaan kedua-duanya.
Perbezaan tools dan workspace antara PSD dan AI, baca di sini