Apa mesej disebalik konten ni? Mcm mana nak retarget dengan betul?
Konten samada video, tulisan, artikel atau apa sahaja sharing tak menjual. Setiap konten perlu ada nilai & manfaat pada pembaca, samada dalam bentuk perkongsian, pengetahuan, atau apa sahaja yang dirasakan relevan dengan produk yang nak dijual nanti.
Secara asas, ada beberapa proses asas kita kena lalui iaitu: Kenal – Minat – Beli.
Kelompok audiens akan bermula daripada Stranger – Prospek – Customer
Manakala kempen sesuai untuk kedua kelompok adalah Fasa satu akan bergerak ke Fasa dua dan seterusnya Fasa tiga. Dibawah ini secara asas dan mudah difahami.
Ni contoh artikel konten, yang saya run ads.
1. Post Artikel mcm ni akan banyak share & komen. Manakala bila run Ads pun kos agak murah & traffic masuk ke website konten ni lebih banyak & murah dari run ads menjual terus. Fasa awareness ini kita nak educate, give knowledge, sebab mereka trust bermula disini.
2. Malah, jumlah likers/fans pun meningkat tanpa perlu buat like marketing berbayar pun. Ni organik sebab kesan enggagement tinggi masa run ads di Artikel konten tadi.
3. Seterusnya Fasa Jualan, barulah kita buat iklan menjual. Target khas pelawat yang dah baca artikel & yang dah visit website kita sebelum ini. Kesannya lebih targeted.
4. Run terus ke web jualan kita, dimana pelanggan ada option untuk buat pembayaran terus.
5. Fasa terakhir, Fasa follow up, yang dah masuk ke web jualan, tapi belum beli. Ini kita target khas visitor yang dah ke web juaan/sales page tadi.. Kesannya, ultra targeted kuasa dua. Jualan disini juga agak tinggi. cuma cara penyampaian iklan fasa akhir ini berbeza sedikit,
– Ketengahkan value & bonus
– Ketengahkan freegift tambahan
– Ketengahkan offer bakal ditutup, sebab lepas ni visitor dah tak nampak iklan lagi.
Kenapa saya bulatkan share (rujuk gambar di atas)? Artikel ni saya run ads, bila run ads, dia ada dua: Organic Reach (Free, x berbayar) & Paid reach.
Kita akan lihat post kita, semakin ramai orang share, semakin tinggi organic reach, berbanding paid reach. Bila kita run ads, dua dua ini akan berjalan disebabkan, orang nampak iklan artikel tadi, dia akan share.
Orang ketiga yang nampak post kita, kesan dari share tadi, dikira sebagai organik. Dimana mereka nampak iklan kita secara percuma, tanpa kita keluarkan kos!. So, iklan kita lebih rendah, dengan capaian iklan lebih tinggi. Ia memang diperlukan dalam fasa Consideration/Awareness untuk fasa kenal tadi.
Sebab tu lah, Fasa konten adalah fasa paling atas. Dimana, kita nak orang kenal dulu, nak tahu dulu sharing kita yang bukan menjual, disinilah bermula, mereka akan bertukar kepada followers & fans kita. Kelompok fans, visitor, yang baca artikel kita ni lah, dikira sebagai Prospek. Dimana mereka lah audiens sebenar yang targeted dan bakal membeli produk kita.
UPDATE: Sungguh pun audiens akan melalui kesemua fasa, namun, iklan paling akhir yang customer nampak semasa mereka buat pembelian, disitulah, data conversion purchased dikira..