7 cara lajukan website wordpress

Usaha lajukan website ni penting. Ini bertujuan untuk elakkan pelanggan bosan menunggu lama. Ini disebabkan tempoh loading website yang lambat. Bila website perlahan, bounce rate akan tinggi. Bounce ni bermaksud pelanggan masuk, dan keluar semula. Bayangkan anda masuk ke website orang lain, dan anda perlu tunggu 30 saat. So, Apa anda rasa kan..

Kebanyakan usahawan tak tahu bagaimana nak lajukan website. Apatah lagi, web CMS (Content Management System) jenis wordpress. Sedangkan kalau kita gunakan wordpress, tiada masalah pun kalau nak laju. Yang penting kita tahu macam mana nak buat bagi cepat.

1. Lajukan website gunakan VPS Virtual Private Server.

Dulu, kita gunakan hosting yang berkongsi dengan orang lain iaitu shared-hosting. Walaupun kos murah, tapi berkongsi dengan website orang lain. Jika web orang lain down, website kita sekali terikut down.

Dengan gunakan VPS, kita tak berkongsi dengan website orang lain. So, aplikasi VPS juga lebih ringan. Berbanding hosting yang menggunakan Cpanel. VPS ringan membantu untuk lajukan website kita. Saya gunakan cloudways.com kerana ia boleh urus VPS di digitalocean.com. So, saya pasang wordpress terus tanpa melibatkan pemasangan teknikal. Menariknya, cloudways.com ni dah shortcut install VPS. Tanpa perlu tahu pasal teknikal sangat.

2. Lajukan website gunakan breeze plugin

Selain itu, plugin untuk lajukan website juga penting. So, banyak plugin yang boleh lajukan website. Ada yang percuma tapi terhad dan perlu upgrade premium. Saya nak share yang percuma dan berkesan. Tanpa perlu upgrade adalah breeze plugin. Boleh install di website wordpress anda. Lepas anda install, anda just tick bahagian basic setting pada basic setting tu. Dan anda akan rasa website anda akan lebih laju dari sebelum ini.

3. Lajukan website dengan optimize image

Anda mesti tahu, nak website laju perkara paling penting adalah saiz gambar. Gambar yang cukup untuk paparan yang sesuai. Jangan lah anda letak gambar saiz yang besar. Kerana saiz gambar yang besar akan menyebabkan website kita ambil masa lama. Hanya untuk paparkan gambar tersebut. Anda boleh optimize sendiri dengan lakukan secara manual iaitu resize gambar menggunakan tinypng.com. Pastikan saiz gambar anda tak lebih 480pixel, saiz tak lebih 150kb.

Jika anda guna Tinypng, anda perlu upload gambar anda. Dan convert melalui tinypng.com.Sebelum anda upload semula ke website wordpress anda.

Cuma saya gunakan plugin shortpixel, dimana plugin ini berbayar. Saya ambil pakej yang auto-optimize gambar sebanyak 5000 gambar sebulan. Bagusnya shortpixel ni dia sendiri bekerja secara automatik. Di dalam website anda shortpixel ni akan kecilkan saiz gambar, maintain kualiti.

4. Lajukan website dengan plugin wordpress self-hosted google fonts.

Kebanyakkan, website perlahan bila font yang kita gunakan dari external. bermaksud, website kita kena komunikasi sendiri font dari website luar seperti google font. Ia akan memanjangkan tempoh loading website kita. Dengan install self-hosted google font ini akan masukkan font dalam website kita. Bila website loading, web pun lebih laju.

5. Lajukan website dengan fungsi lazyload pada video youtube.

Video youtube yang kita pasang di website kita boleh buatkan website kita loading lebih perlahan. Ia disebabkan oleh website perlu load website, dan load video youtube itu sekali. Jadi bila anda aktifkan fungsi lazyload, youtube tidak akan berfungsi selagi mana user tak klik video tersebut. Jadi masa website kita loading, loading youtube tidak diaktifkan.

6. Lajukan website dengan matikan plugin yang tak perlu

Anda boleh lihat, adakalanya plugin menyebabkab website kita perlahan. Jadi anda perlu test satu persatu adakah plugin tersebut boleh beri kesan tak pada kelajuan website anda. Anda boleh cek plugin yang menyebabkan website anda perlahan dengan gunakan plugin Query Monitor.

7. Semak kelajuan website gunakan GTMetrix

Ni antara tempat dimana anda boleh semak website anda perlahan disebabkan apa. Kalau gambar anda besar, GTMetrix ini akan bagitau, gambar anda besar. Maka, anda perlu serve scaled image. Dan banyak lagi mesej akan diberitahu sebaik anda test website anda di gtmetrix.com

Shop By Departments

× Bantuan?