Jika di negara barat, mereka masih menggunakan email untuk berhubung. Maka pemasaran melalui email sangat releven bagi mereka, tetapi di Malaysia Facebook Messenger mempunyai kadar dibuka lebih tinggi berbanding email. Dan untuk memudahkan kerja pemasaran, sistem chatbot telah diperkenalkan dan terbukti berkesan dalam pelbagai cara. Ini 6 sebab kenapa kita perlu guna chatbot dalam pemasaran online:
1. Chat Blast
Tahu tak blast chat di FB Messenger adalah teknik email marketing yang baru dan lebih eficient dimana mesej yang dibuka ialah 80%. Dalam 1000 chat, 800 dibuka, jadi potensi untuk dapatkan pelanggan adalah sangat tinggi.
2. Jalankan Kaji Selidik (Survey)
Dengan chatbot, kita boleh buat survey samada selepas mereka beli, muaturun, daftar, atau sebagainya. Adakah pelanggan ni akan jawab? Peratus untuk mereka jawab adalah sangat tinggi kerana tidak menggunakan borang yang perlu diisi atau tulis panjang-panjang, cuma tekan-tekan pilihan sahaja. Dan dari survey ini lah ,kita boleh buat data marketing yang berguna untuk mensasarkan pengguna baru dengan lebih tepat.
3. Pembelian
Chatbot bukan sahaja digunakan untuk membalas mesej pengenalan sahaja. malah boleh memberi maklumat dan penjelasan yang berkaitan dengan produk dan seterusnya memberi peluang pelanggan untuk terus membuat pembelian secara online.
4. Perkongsian
Gunakan chatbot untuk menghantar gambar promosi, tips-tips, info, dan sebagainya kepada pelanggan anda. Anda boleh set reminder secara automatik, bila dan siapa ingin disampaikan mesej itu.
5. Autoresponder
Fungsi ini adalah yang terbaik dalam chatbot, bila ada pengguna FB komen di specific post, chatbot akan follow-up dengan mesej yang telah ditetapkan. Ianya automatik dan tidak makan masa lama untuk reply. Dan yang paling best, sekali pengguna membalas mesej yang dihantar, ia akan dimasukkan ke FB contact dan membolehkan kita berterusan menghantar mesej kepada mereka.
6. Temujanji & Tempahan
Chatbot juga memudahkan kerja dalam menetapkan temujanji atau mengambil tempahan dari pelanggan. hanya sediakan pilihan dan flow perbualan yang betul dan arahkan CTA mengikut kesesuaian. Tidak perlu bazirkan banyak masa melayan pelanggan lagi, dapat tempahan terus siapkan sahaja.
2 Comments
Comments are closed.