Infografik adalah satu kaedah penyampaian sesuatu info dalam bentuk gambar (vector) dan mempunyai maklumat dan data-data yang telah diringkaskan. Infografik banyak digunakan oleh mereka yang banyak melakukan kajian, dengan data-data yang telah dikumpul, proses penyampaian kepada umum lebih mudah difahami dengan sedikit teknik gambaran serta poin penting yang menyokong. Tapi bagaimana ingin hasilkan infografik jika kurang kemahiran dalam software seperti Adobe Illustrator? Disini terdapat 5 platform online yang boleh digunakan dengan mudah.
1. Canva
Canva sangat membantu mereka yang kurang pengetahuan dalam design terutama dengan interfacenya yang ringkas. Kebanyakan koleksi gambar dan ikon di dalam Canva adalah percuma. Jika tiada idea untuk mulakan dari awal, Cuma perlu pilih template sedia ada yang ringkas tetapi sangat menarik. Setiap gambar, text dan ikon boleh diubah mengikut kehendak pengguna.
2. Visme
Visme menggunakan system block dalam membina infografik. Ia lebih kompleks berbanding Canva jika memilih membina dari kosong. Proses bermula dari block headers, statistic, gambar rajah, grafik, dan sebagaiya. Boleh memilih antara menggunakan konten yang sedia ada atau mengupload dari sumber lain. Untuk pengguna percuma, beberapa fungsi agak terhad seperti hanya 5 projek sahaja, template yang terhad dan hanya boleh disimpan dalam bentuk JPG sahaja.
3. Piktochart
Piktochart juga salah satu platform online yang dapat hasilkan infografik yang lebih professional. Template dan interface Piktochart lebih baik dari Visme, tetapi ada beberapa fungsi yang tidak dapat menandingi Visme. Untuk pengguna percuma, hasil Cuma boleh dimuaturun dalam format PNG dan mempunyai watermark.
4. Venngage
Venngage lebih menyerupai Canva dan tidak menggunakan system block seperti Visme. Kelebihan Venngage adalah mempunyai tools group and lock dimana ia memudahkan kerja editing infografik yang besar kerana mudah untuk menyalin fungsi block.
5. Infogram
Infogram juga merupakan online platform yang terbaik untuk membina infografik, tetapi untuk pengguna percuma fungsinya sangat terhad. Hasil infografik percuma hanya boleh dimasukkan kedalam blog dan akan mempunyai watermark serta tidak boleh muaturun dalam bentuk gambar ataupun PDF.