Gunakan Aplikasi dalam smartphone – Maksudnya kita yang baru nak terjebak dalam video ni boleh edit terus gunakan smartphone. Dengan interface yang membantu. Maka mudahlah nak sunting video tu. Contoh apps yang membantu: Quik, Imovie, dll. Quik boleh install gunakan android, manakala imovie boleh install gunakan iphone. Cuma template yang ada tu tak boleh buat custom. Kita just guna jerr.
Cari Perisian Video yang ‘newbie-friendly’ – Jika anda dah mula serius sebab ada tugasan yang perlu edit video. Contohnya, AJK Multimedia, Unit Tugas Khas, Mahupun Videographer. Tetapi anda masih belum cukup pengalaman. Kalini saya sarankan agar tak boleh pakai Smartphone dah. Proper lah sikit. Edit guna perisian laptop tau. Sebab? Kerana Video akan mudah dihasilkan, dan lebih cepat disiapkan dan editing professional yang tak dapat menggunakan smartphone.
Jangan Guna Perisian Cyberlink PowerDirector – Antara Software yang saya pernah guna masa saya baru lagi dlm dunia video adalah cyberlink Power director. Memang betul ia bantu saya nak hasilkan video projek assignment masa kat universiti. Efek dalam tu pun disediakan. Cuma kelemahan software yang paling saya ‘tak-suka’ adalah proses render punyalah lama, dan video yang siap tu dia punya saiz mak aii besar sampai lebih 5GB saiznya. Padahal guna Vegas Pro baru 50Mb. Bayangkan berapa lama nak upload kalau video saiz 5Gb? Quota Data Internet pun habis tau!
Premier Pro vs Final Cut Pro – Nama pun Software, pastinya kita ada banyak pilihan betul kan? Ada juga tertanya tanya kenapa tak pakai terus Premier Pro jerr? Kenapa ada orang pakai Final Cut Pro? Jawapan saya, kalau anda pakai windows OS, dan suka dengan interface baru yang banyak fungsi dan nak pergi jauh boleh pakai Adobe Premier Pro. Sebab boleh install samada kat windows mahupun Mac. Cumanya Final Cut Pro hanya boleh install di laptop/dekstop Mac OS shj. Fungsi? Sama jerr. Idea dan kreativiti tu yang mahal.
Vegas Pro antara Pilihan yang terbaik – Kemudian, saya tukar gunakan vegas Pro. Mula mula pening jugak nak gunakan. sebab interface kurang membantu. Software ni dah kita semi-pro dah. Sebab macam macam features ada dalam tu. Dan paling bagus, kita boleh render video ikut setting youtube. Dan untuk HD tu kalau 2-3 minit video tak sampai pun 100mb. best! Kebanyakkan video yang saya hasilkan gunakan Vegas Pro.