4 Checklist Wajib Untuk Permulaan Sebelum Bina Website

Saya sangat suka mulakan sesuatu dengan mengikut senarai aturan tertentu, atau Bahasa lain checklist. Jadi bila saya lost ditengah jalan, saya akan rujuk checklist dan sambung semula mengikut turutan. Maka kerja yang dibuat akan lebih mudah dan teratur, hasilnya semestinya terbaik. Begitu juga dalam proses membina sesebuah website, ada beberapa checklist asas yang perlu ada sebelum mula proses pembinaan ini.

1. Nama Domain

Nama domain ni adalah perkara terawal yang perlu difikirkan sebelum melangkah ke proses selanjutnya. Nama domain ini ibarat alamat digital untuk kedai anda, maka pemilihan nama ini sangat penting kerana ia akan memudahkan pengguna internet menemui website anda. Anda mesti nak elakkan menggunakan nama yang complicated, nama yang terbaik adalah yang menggambarkan produk atau servis yang anda ingin berikan kepada pengguna.

2. Pilih Pembekal Hosting

Hosting merupakan tempat simpanan file dan semua data website, jika domain diibaratkan sebagai alamat, hosting ini pula diibaratkan rumahnya. Jenis hosting yang akan dipilih perlu bersesuaian dengan trafik yang akan masuk kedalam website. Beberapa perkara perlu dikira dalam memilih hosting iaitu:

2.1. Bandingkan harga setiap pembekal hosting

Dalam proses memilih hosting jangan terlalu tengok kepada mahal atau murah tetapi tengok pada ciri-ciri yang ditawarkan.

2.2. Customer Support

Ini penting kerana anda tak akan tahu bila berlaku masalah. Jadi kaji dan uji dahulu system customer support mereka.

2.3. Perbezaan hosting mengikut penggunaan

Jika trafik anda sedikit tiada masalah menggunakan share hosting. Tapi jika anda mengamalkan perniagaan atas talian dan Tarik trafik yang banyak lebih baik memilih Virtual Private Server (VPS) atau Dedicated. Jangan risau kerana hosting ini  boleh upgrade kepada yang lebih baik pada masa akan dating jika website sudah mula banyak traffic.

3. Platform Membina Website

Seterusnya anda boleh memilih untuk menggunakan platform yang sesuai dengan nature bisnes dan kemampuan anda. Terdapat banyak platform yang popular digunakan seperti WordPress, wix, weebly dan sebagainya. Kini anda dah tak perlu nak fikir mengenai coding kerana platform-platform ini sudah jauh berbeza dari dulu. Hanya menggunakan kaedah drag-and-drop sahaja, sesiapa pun boleh bina website. Saya lebih memilih wordpress kerana fungsi pluginnya yang sangat banyak terutama bagi bisnes yang menggunakan pembayaran online.

4. Pilih Tema Website

Cara termudah dalam memilih tema adalah menggunakan template website yang separuh/hampir siap. Dengan itu proses bina website menjadi lebih mudah dan cepat. Bagi yang baru nak berjinak dalam dunia website ni saya tak sarankan untuk upah designer website untuk buatkan yang mana boleh cecah rm 4000 upahnya. Kenapa saya cakap macam tu? Sebab bila kita nak buat website ni kita tau bisness kita macam mana, audience kita macam mana anggaran traffic yang masuk macam mana, kalau maklumat ni tak selari dengan website kita, akan nampak porak peranda nanti. Lebih baik kalau kita sendiri tentukan macam mana nak setup website kita nanti.

Shop By Departments

× Bantuan?