3 Teknik Membuat Video Instagram

Bercakap tentang Instagram, sekarang, ini bukan sekadar mengandungi gambar sahaja. Sama seperti media sosial yang lain, Instagram sebagai platform yang paling popular juga berjaya meningkatkan dan membuktikan persaingan untuk kandungan video di dalamnya.

1. Konsep Video Instagram

Untuk memulakan sesuatu video instagram, anda haruslah tahu konsep apa yang anda mahu anda masukkan di dalam video instagram anda. Sebagai contoh, anda boleh membuat video berkaitan produk sama ada video review atau video testimoni. Atau anda boleh membuat satu jalan cerita untuk memperkenalkan produk anda.

2. Teknik Video Instagram

Anda juga perlu menitik beratkan berkaitan teknik yang anda akan gunakan untuk membuat video instagram ini. Namun, ia tidaklah serumit yang anda fikirkan. Tapi jangan pula ambil ringan kerana dalam kandungannya sendiri, mengedit video yang pendek juga bermakna kita harus menjadikan kandungan video tersebut ringkas dan padat yang mungkin supaya mesej yang anda ingin sampaikan diterima dengan baik oleh penonton.

Oleh itu, anda perlu fikirkan bagaimana untuk memaksimumkan penceritaan anda dalam tempoh masa yang singkat. Masa sekali lagi merupakan perkara yang mesti dipertimbangkan semasa proses editing video instagram.

Walau bagaimanapun, jangan anda paksa memaksimumkan tempoh. Sekiranya tempoh masa video tidak sampai 60 saat, maka tidak perlulah untuk memasukkan gambar atau video lain semata-mata untuk mencukupkan masa. Berfikirlah dengan bijak!

3. Aplikasi Edit Video Instagram

Selepas anda mengambil gambar atau video, ia haruslah disunting agar hasilnya nampak lebih cantik dan menarik perhatian penonton.
Aplikasi-aplikasi yang boleh digunakan oleh platform iOs dan Android boleh membantu untuk proses editing yang cepat. Dengan mengunakan aplikasi ni, anda boleh menghasilkan video yang menarik dengan mudah. Berikut adalah aplikasi-aplikasi tersebut.

Main Menu

× Bantuan?